1517--------
Kerajaan Islam Uthmaniah Turki di Asia Kecil telah menewaskan kerajaan Mamaluk dan memerintah Palestin sehingga musim sejuk tahun 1917-18. Palestin dibahagikan kepada beberapa daerah (sanjaks) termasuklah Baitulmuqaddis. Pentadbiran kedaerahan tersebut didiami oleh sebahagian besar bangsa Arab Palestin. Mereka berketurunan bangsa Kanaan. Walau bagaimanapun komuniti Kristian dan Yahudi dibenarkan tinggal bersama.
1831-1840-----
Muhammad Ali, raja muda Mesir, memperluaskan lagi kekuasaannya ke Palestin. Polisinya berjaya meningkatkan hasil pertanian serta peningkatan pendidikan.
1840-------
Empayar Uthmaniyyah kembali berkuasa.
1845------------
Bilangan Yahudi di Palestin pada tahun 1845 adalah seramai 12,000 orang, kemudian meningkat menjadi 85,000 orang pada tahun 1914.
1897 --------------
Kongres Zionis pertama diadakan Basel, Switzerland, mengeluarkan program Basel untuk penjajahan Palestin.
Rujukan : www.palestinehistory.com
rujukan :
Rujukan :
Rujukan :
No comments:
Post a Comment