Sunday, September 22, 2013

Mana Shaja, Siapa Shaja...

Salam sayang diucap buat semua rakan yang sudi jenguk blog yg tidak sebeberapa.

Assalamualaikum'
Salam sejahtera serta salam ukhwah buat semua..
Topik Evaluate diri sendiri atau review balik all we did today, yesterday even semua saat atau detik yg kita lalui hingga berdirinya kita pada hari ini.
Tak semua yg indah akan jadi milik kita, tapi pasti setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Untuk itu motivate diri sendiri, BE A POSITIVE PERSON..
Believe yourself, berikan peluang untuk diri sendiri.

Asas utama bagi kita ialah percaya pada Allah yg mencipta langit dan bumi.
Berikan sepenuh kepercayaan kepada Allah, yg menentukan titik temu dan pengakhiran hidup kita di alam yang sementara (Bumi).
Dalam hidup ini tiada yg kekal abadi melainkan Allah.
Jadi tetapkan dalam diri supaya yakin serta sentiasa memohon dan melakukan segala kewajipan sebagai seorang muslim.
Teringat pepatah seorang ibu tentang kehidupan ini , yang mana setiap level umur kita pasti ada cabaran :
1. sesama kanak-kanak tadika dan ketika menjadi pelajar .(tak kira dimana, bila dan bagaimana)
2.Sesama pekerja, dan majikan .(tak kira pangkat , tak kira harta)
3.Sesama jenis darah dan antara adik beradik .( dah memg sama darah)
4. Sesama saudara islam dan bukan islam.(hubungan antara jiran dan masyarakat)

Setiap  level yg kita lalui memberi pelbagai cabaran yang harus kita tempuh tak kira dimana juga kita berada. Jadi tak kira sejauh mana kita berlari kita mengelak atau kita sembunyi pasti kita harus tempuh.
Penyelesaiannya - hadapi setiap masalah dan abaran BERBEKALKAN DOA serta MOHON KEPADA ALLAH agar memudahkan segala urusan serta berikan KEKUATAN, SEMANGAT & KEMATANGAN FIKIRAN agar kita mampu mengatasi apa jua permasalahan yg datang.

DON'T GIVE UP, PRAY AND KEEP HARD AND BELIEVE IN GOD.




Wednesday, June 26, 2013

Jawatan Penolong Akauntan W27

Tahniah buat rakan-rakan yang berjaya dipanggil untuk sesi peperiksaan kemasukkan ke perkhidmatan sebagai penolong akauntan W27 untuk pelajar lepasan Diploma dan setaraf dengannya. .

Sejujurnya, pasti ramai rakan-rakan yang tertanya-tanya bagaimana cara dan bentuk peperiksaan yang bakal dilalui.

saya hanya ingin berkongsi laman web yang ada menjual E-book untuk Panduan peperiksaan bertulis penolong akauntan.
Mungkin serba sikit boleh membantu rakan-rakan.
Moga berguna :) 
rakan-rakan yang bakal mengambil peperiksaan boleh terus melayari :

http://www.exampenolongakauntan.com/
"kalau tidak dapat beli, mungkin jualan belum bermula atau sudah ditutup.."

Moga rakan-rakan berjaya. Doakan untuk diri saya juga.^_^

Buat pengetahuan rakan-rakan, penolong akauntan tidak sama dengan penolong juruaudit.
peranan juruaudit itu sendiri berbeza dengan penolong akauntan.
Jadi jangan membuat andai bahawa juruaudit ini sama seperti akauntan.kerna ada sebahagian kerja yang juruaudit jalankan tetapi tidak akauntan jalankan.
Walaupun kedua-duanya merupakan jabatan dalam satu bidang , skop kerja untuk akauntan dan audit tak sama. itu pendapat sayalah.

Kalau audit, buat pengemar yang kuat jalan, pasti seronok sebab mereka ni akan travel. Kene pergi audit banyak company. Rakan-rakan akan jumpa macam-macam jenis masalah. Masa yang paling serabut masa nak buat audit luar. Macam-macam soalan timbul. So preparelah awal-awal.

Buat akauntan plak, mereka ni suka duduk office.(suka ke? atau terpaksa?) ikut masing-masing punya pendapatlah. Ada segelintir dari kita memang suka duduk pejabat, malas nak keluar.Baguslah kalau rakan-rakan yang nak jadi akauntan suka duduk pejabat. Tak perlu risau tekanan untuk keluar cuma terdedah pada tekanan kerja dalam pejabat je.^_^ Akauntan banyak terdedah pada simpan kira-kira, untung rugi dan semua keluar masuk aset. Paling sibuk masa kene buat penyata kira-kita, ikut company atau department nak yang setahun atau tiap 6 bulan bergantung pada mereka.
Ini antara ilmu yang saya perolehi daripada en.google sbb nak examkan..^_^

untuk exam pulak, Ini pengalaman saya exam penolong juruaudit dulu.
Bahagiannya agak sama dengan Penolong Akauntan, cuma bezanya pasti pada soalan yang akan ditanya.

Untuk  Part A: soalan banyak tertumpu pada sektor awam, kunci kira-kira, ekonomi dan sedikit isu semasa.

Untuk Part B:
agak mencabar, soalan lebih pada kira-kira (TIDAK DIBENARKAN KALKULATOR)
Masa diberikan agak singkat, 1 minit untuk satu soalan yang mencabar. Jadi preparelah awal-awal. ^_^

Untuk Part Personaliti:
Insya'Allah, saya kira ramai yang boleh tersenyum ...                    

Moga Rakan-rakan beroleh kejayaan dimana sahaja rakan-rakan berada.

Dapat masuk exam penolong juruaudit tapi belum ada rezeki.Kita cuba pada Penolong Akauntan pulak. Mari kita berusaha, insya'Allah rezeki ada dimana-mana. Asalkan kita berusaha. 
Jangan lupa berdoa dan minta pada Allah buat yang Muslimin dan Muslimat ye. ^_^


Tuesday, June 25, 2013

Sistem Maklumat Perakaunan.

Pengajian Diploma Sistem Maklumat Perakaunan..



Alhamdulilah, tamat sudah pengajian saya dibidang diploma.Ingin saya kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi di bidang ini. Sewaktu saya dan rakan-rakan memasuki bidang ini. kami tertanya-tanya hala tujuan bidang ini dan apakah yang sebenarnya kami pelajari. Rakan-rakan jangan risau, setiap yang kita perolehi semua itu adalah pengetahuan. Andai suatu masa kita diberikan peluang untuk melanjutkan pengajian ini ke lebih tinggi itu nikmat daripada Tuhan. Namun, masih ada banyak pilihan yang boleh rakan-rakan pilih.
Pengajian ini masih dalam bidang perakauanan tetapi dikembangkan melalui sistem teknologi.

Sebelum itu , mari saya sentuh tentang topik yang akan kita pelajari apabila kita memilih pengajian ini.

Bidang ini akan mengajar rakan-rakan secara asas bidang perakaunan dari setiap bahagian. rakan-rakan akan mempelajari ilmu pemasaran, ilmu ekonomi dan ilmu keusahawanan.  Rakan-rakan turut diajar sistem audit menggunakan software LCCI, iaitu ACL software. Bagi rakan-rakan yang meminat perakaunan, jangan rasa terpinggir walaupun setelah ditawarkan diploma pengajian ini. Rakan-rakan masih boleh meneruskan bidang perakaunan setelah tamat pengajian ini.
Rakan-rakan juga akan mempelajari secara asas sistem pengurusan maklumat, iaitu pengolahan database, mempelajari membuat coding untuk sistem dan turut mempelajari ilmu komputer. Mempelajari bidang ini seperti mempelajari 3 course iaitu, akaun, sistem maklumat dan komputer. Pasti menarik. ^_^

UPDATES Nov 2013:

Diploma In Accounting Information System in UiTM 

ENTRY REQUIREMENTS
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), or other equivalent qualifications with 5 credits including English, Mathematics and passed Additional Mathematics.
COURSE STRUCTURE
The DAIS programme is divided intio 6 semesters with the emphasis on inter-disciplinary approach to accounting and information system.  Thirty three subjects must be completed to earn the Diploma.
SEMESTER 1
BilKod KursusKeterangan KursusUnit Kredit
1CTU101FUNDAMENTALS OF ISLAM2.00
2ECO162MICROECONOMICS3.00
3ELC120INTEGRATED LANGUAGE SKILLS: LISTENING3.00
4FAR110FINANCIAL ACCOUNTING 13.00
5HBU111NATIONAL KESATRIA 11.00
6MAT112BUSINESS MATHEMATICS3.00
7MGT162FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT3.00

SEMESTER 2
BilKod KursusKeterangan KursusUnit Kredit
1AIS155BUSINESS COMPUTER PROGRAMMING3.00
2CTU151ISLAMIC THOUGHT AND CIVILAZATION2.00
3ELC150INTEGRATED LANGUAGE SKILLS: READING3.00
4FAR160FINANCIAL ACCOUNTING 23.00
5HBU121NATIONAL KESATRIA II1.00
6MAF151FUNDAMENTAL COST ACCOUNTING3.00
7STA104INTRODUCTION TO STATISTICS3.00

SEMESTER 3
BilKod KursusKeterangan KursusUnit Kredit
1AIS205COMPUTERISED ACCOUNTING3.00
2AIS235PRINCIPLES OF DATABASE SYSTEM3.00
3CTU231FUNDAMENTAL OF ISLAMIC ACCOUNTING2.00
4ELC230INTEGRATED LANGUAGE SKILLS: WRITING3.00
5FAR210FINANCIAL ACCOUNTING 33.00
6HBU131NATIONAL KESATRIA III1.00
7MAF201COST AND MANAGEMENT ACCOUNTING 13.00

SEMESTER 4
BilKod KursusKeterangan KursusUnit Kredit
1AIS255ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM3.00
2AIS275DATA MANAGEMENT3.00
3ECO211MACROECONOMICS3.00
4FAR270FINANCIAL ACCOUNTING 43.00
5LAW240INTRODUCTION TO COMMERCIAL LAW3.00
6MKT243FUNDAMENTALS OF MARKETING3.00

SEMESTER 5
BilKod KursusKeterangan KursusUnit Kredit
1AIS305E-COMMERCE3.00
2AUD329COMPUTERISED AUDITING3.00
3ENT300FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP3.00
4FAR320FINANCIAL ACCOUNTING 53.00
5MAF253FUNDAMENTAL FINANCIAL MANAGEMENT3.00
6TAX267TAXATION 13.00

    OPPORTUNITIES FOR FURTHER STUDIES
    DAIS graduates with good academic results may further their studies at any local or foreign institution of higher learning.  Among the program available are:
    • Bachelor in Accountancy (Hons.) (UiTM)
    • Bachelor in Accountancy (Local/Foreign Universities)
    • Bachelor in Information System (Hons.) (UiTM/Local/foreign Universities)

    for more info:http://accountancy.uitm.edu.my/v1/joomla-license/undergraduate/40-diploma/71-ac120-diploma-in-accounting-of-information-system


    Setelah tamat pengajian, rakan-rakan dibenarkan untuk memilih bidang pengajian yang rakan inginkan.
    Seperti yang saya nyatakan, tiada halangan untuk rakan-rakan yang berminat perakaunan meneruskan bidang perakaunan. Malahan menjadi advantage untuk rakan-rakan mengetahui ilmu lain sebagai pengetahuan. Rakan-rakan boleh memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang pengurusan maklumat atau dipanggil Bachelor in Information management. Dalam bidang ini, rakan-rakan juga ada peluang untuk memilih pengajian yang berunsurkan rekod atau bidang perpustakaan.Rakan-rakan akan mempelajari pelbagai asas teknologi dalam bidang ini. Bidang ini masih baru, tetapi percayalah. Pasti banyak yang rakan-rakan perolehi. Semuanya terpulang pada rakan-rakan. Buat yang sudah berminat pada sistem maklumat perakaunan, rakan-rakan masih boleh memilih untuk sambung pengajian ini.

    Walau apapun pilihan yang rakan-rakan, jangan menyesal.Rakan-rakan harus terus maju dalam apa jua bidang yang rakan-rakan ambil. Pasti akan ada sesuatu yang menanti rakan-rakan diluar sana.
    Selamat maju jaya ye kawan-kawan. 






    Monday, June 24, 2013

    DIARI Hospital saya




    Tanggal 20.6.2012 merupakan tarikh yang tidak mungkin saya lupakan. Kisah mengenai pengalaman buat pertama kali menaiki ambulan ke hospital seterusnya menjadi pesakit tetap selama hampir 3 minggu  di Hospital xxx.

    Jam  3.00 ptg (20.6.2012)

    saya besama ibu menaiki ambulan dari klinik desa  ke Hospital  ditemani Medical Assistance(MA)  Klinik Desa yang selaku pemandu ketika itu. Kemudian kami diturunkan di Wad kecemasan, sambil menunggu giliran yang ditetapkan. Keadaan ketika itu memang agak sibuk. kawasan menunggu yang disediakan tidak dapat menampung jumlah manusia yang berada  di situ. Saya bersandarkan ibu hanya mampu bertahan, dengan badan yang lebih besar berbanding ibu tidak dapat saya nyatakan betapa ibu bertahan menampung agar saya tidak jatuh.Saat itu saya mengalami demam panas , dan pergerakkan saya agak terbatas disebabkan kesakitan dibahagian punggung. 

    Agak lama kami menunggu di ruangan menunggu ,hampir 20 minit kami dipanggil. Disebabkan kesakitan yang dialami saya tidak sempat memberi apa-apa kenyataan dan hanya mampu rebah di katil dalam keaadaan tidak bermaya.Jurawat membuat pemeriksaan tekanan darah  dan suhu badan. Ibu tidak dibenarkan masuk. Hampir beberapa minit, saya dikejarkan ke bahagian X-ray dan kembali ke Wad kecemasan. 

    Tidak lama, saya dihantar ke Wad Pembedahan di Wad 6. Saya ditukarkan dengan pakaian hospital serta diperiksa  oleh doktor yang bertugas. Kemudian sampel darah saya diambil, setelah berapa minit doktor yang mengambil sampel darah saya kembali untuk mengambil sekali lagi sampel darah. Ketika itu, saya lihat reaksi muka doktor agak kelam-kabut. Sempat untuk saya tanyakan, dan sekilas doktor tersebut menjawab “darah awak tidak stabil”. Hampir tiga kali doktor tersebut mengulangi ujian darah akhirnya saya dikhabarkan bahawa  berkemungkinan darah saya dicemari kuman. Alangkah terkejutnya saya ketika itu. Ketika ini saya tidak dibenarkan menjamah apa-apa makanan mahupun minuman. keadaan saya ketika ini sangat tidak bermaya,diberitahu bahawa  tekanan darah saya ketika ini sangat tinggi berserta suhu badan yang agak panas.

     Saya dikerumuni ramai doktor, tidak pasti apa yang ingin dilakukan. Saya hampir tidak sedarkan diri. Dalam keadaan ini, saya tidak mampu bersuara,hanya mampu memandang dengan pandangan layu tak bermaya. Sempat rasanya saya melihat wajah ibu ayah serta adik . Saya dimasuki air dan pelbagai wayar yang berselirat di tangan saya tanpa saya mengetahui fungsinya. Apa yang dimaklumkan saya sepatutnya dibedah pada malam itu juga. Tapi dengan keadaan saya yang tidak stabil pembedahan tidakdapat dilaksanakan.


    Jam 2.30 pagi (21.6.2012)

    Saya dipindahkan dari wad 6 ke wad 15 (HDU). Tidak saya ketahui wad 15 merujuk kepada bahagian apa. Yang pasti Ibu saya tidak dapat menemani saya, dan terpaksa pulang ke rumah saudara yang terdekat. 

    Jam 8.30 pagi (21.6.2012)

    Saya diberikan suntikan bius serta ubat bius berbentuk penadol. Saya sempat mendengar, kiranya saya akan dibedah lewat 9.30 pagi ini. Saya dihantar ke bilik pembedahan ,sambil menunggu ketibaan kedua orang tua saya untuk mendapatkan tandatangan penjaga, ketika ini umur saya masih belum genap 21 tahun. Terkejar-kejar ibubapa saya menaiki lift untuk sampai ke bilik pembedahan. Syukur alhamdulilah  mereka sampai dengan selamat , dan semua berjalan lancar. Selepas saya di tinggalkan di bilik bedah saya dikenalkan dengan seorang  doktor bius yang memberi sedikit keterangan dan kemudian saya terus lelap, tidak sedarkan diri. 

    Jam 11.00 pagi (22.6.2012)

    Bila saya bukakan mata saya hanya mampu melihat kanan dan kiri saya dipenuhi pelbagai wayar dan mesin. Saya kini berada di Wad ICU, yang ada hanya jururawat yang ditugaskan untuk memerhati saya selama 24 jam. Tiba waktu untuk dressing saya menjerit sekuat-kuat hati tidak mampu menanggung kesakitan walaupun saya diberi ubat morfin berbentuk cercair yang disalurkan ke tulang belakang . Namun kesakitan yang saya rasai tidak mampu untuk dibendung. Makan dan minum disediakan mengikut kesesuai pesakit. Saya diberi  makanan berbentuk soft iaitu bubur dan lembut. Namum , saya hanya mampu menjamah sedikit kerana kesakitan yang saya alami di bahagian punggung akibat pembedahan . Di ICU saya hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan sebarang pergerakan . 

    Jam 12.50 tengahari (23.6.2012)

    Saya dipindahkan ke Wad 6, Wad pembedahan. Selama disini saya dibekalkan  ubatan morphin seperti di ICU serta pelbagai ubatan lain. DI sini saya ditemani secara bergilir-gilir oleh keluarga. Selama 2 hari disini keadaan saya semakin teruk , suhu badan saya naik dan kesakitan yang saya alami agak mengkhuatirkan para doktor. Kemudian , doktor memberi pandangan serta  penerangan dan penjelasan untuk membuat pembedahan kedua untuk menbuat colostomy pada badan saya kerana keadaan saya semakin lemah kerana kekurangan tenaga , dan kesakitan di bahagian punggung terganggu dengan kitaran dalaman manusia. Dalam keadaan keterpaksaan saya memberi persertujuaan kerana tidak sanggup untuk menanggung rasa sakit. 

    Jam 12.28 tengahari (25.6.2012)

    Saya dibekalkan bius hingga ke dewan bedah. Saya mampu melihat dewan bedah yang luas , di depan mata saya terhias lampu bedah dan pelbagai peralatan. Berdebar rasa hati, rasa takut menguasai diri. Jururawat yang bertugas membuat kerja seperti kebiasaan hanya saya yang terdiam kaku ditengah menanti kehadiran doctor. Saya diberikan suntikan bius oleh doctor yang bertugas, dalam sekelip mata nama yang dipanggil semakin hilang dan segalanya hilang dari pandangan.

    Jam 7.00 ptg (25.06.2012)

    Kini saya kembali ke wad 6, keadaan yang saya rasakan ketika ini lebih sakit daripada sebelum. Kini bertambah dengan luka yang baru dibedah di perut. Memaksa saya untuk tidak melakukan sebarang pergerakkan kerana sakit. Ketika ini saya hanya mampu sedar untuk seketika kemudian kembali  lelap . Ibu yang menemani saya tatkala berkata kerja saya tidur sahaja. Tapi itu sahaja yang mampu saya lakukan , andai saya tersedar saya akan meraung kesakitan .  

    Jam seterusnya sehingga  6.00 ptg 06.07.2012

    Rutin  seperti biasa, seawal 5.00 pagi dimandikan oleh ibu. Atau di hospital para jururawat memanggil panji-panji. Kemudian  kami diberikan sarapan. Menunggu untuk pemeriksaan doktor pakar. Kemudian dressing , hingga ke tengahari menunggu turn, kekadang hingga ke pemeriksaan petang dressing tak settle lagi. Penat menunggu. Lepas dressing baru lelap tidur. Kekadangan sementara nak tunggu dressing , saya tidur. Sebab time dressing saya akan meraung sekuat hati. Masa ni satu pergerakkan pon tak mampu saya buat. Untuk duduk  saya di angkat oleh 2 orang doktor lelaki. Baru dapat duduk . lepas tu rebah balik. Untuk hari-hari berikutnya saya semakin pulih.

    Ubatan 

    Masa ni macam-macam ubat saya minum contohnya, Air Mizan (sekarang Biosunnah), ikan haruan (asli punya) masak kunyit, pati ikan haruan (pahit ) , batu landak( beli yang murah punya), makan BioLife(rasa macam dedak) tapi ubat kan telan je lah. Itu ubat yang parent beli, ni ubat doktor lagi. Ada Antibiotik , ubat tahan sakit(macam-macam jenis ada) dan macam-macam lagi. 

    Ramai kawan.

    Tak terkira ramainya kawan masa ni, tak kira tua, muda, india, cina, cikgu, peguam, doktor dan jururawat semestinya. Boleh jadi best friend. Saya berkenalan dengan seorang mak cik, duduk di sebelah kanan saya. Mengalami paru-paru berair, daripada bentuk fizikal kelihatan perutnya seperti mengembung sarat dengan air. Sebelah kiri saya seorang warga cina, untie.. mengalami bisul. Untie selalu bising tapi saya suka ayatnya “ u mau saya mati ka?? Ayyoh , sakit wooo” ... heheheh. Kemudian hari berganti-hari, jiran pun berganti, dihadapan saya ada india, untie..mengalami tulang reput. Masa saya awal jumpa dia, masih boleh gelak ketawa. Tetapi hanya 1 minggu lebih kemudian dia sudah tiada di alam fana ini. Saya digantikan dengan jiran baru, mengalami 5 dalam 1 iaitu  darah tinggi, kencing manis, paru-paru dan selebihnya saya tak pasti. Selama saya di hospital, mak cik ni lebih lama di hospital Cuma berpindah randah wad sahaja.
     Kemudian saya berkenalan dengan pesakit kanser usus, membuat colostomy seperti saya tetapi bezanya , mak cik ni guna untuk sepanjang hayatnya. Ada orang yang kurang bernasib baik daripada saya. Syukur saya masih hidup dimuka bumi ini. Ada ramai doktor, seharusnya saya ingin mengucapkan beribu terima kasih kepada mereka kerana sudi merawat saya. Dan tidak saya lupa kepada Doktor-doktor yang memberi sokongan dan semangat untuk saya terus berusaha dan percaya untuk sembuh.  Juga para jururawat yang turut merawat saya .

    Saya menggunakan beg colostomy ini dalam masa hampir 3 bulan lebih. 
    Inilah beg colostomy, beg ini agak mahal tapi lebih selesa kerana lebih ketat dan tidak membimbangkan .





    Beg ini agak murah, dan pelekat yang digunakan tidak berapa bagus. namun masih boleh digunakan 


    Beberapa bulan kemudian ,

    Kemudian pada 27.9 saya diarahkan untuk admit ke wad 5 untuk menjalani pembedahan penutupan colostomy. Namun ditunda setelah saya diberikan bius dan ubatan sebagai persediaan  pada 2.10.2012. 

    2.10.2012( 11.00 Tengahari)

    Saya dibawa ke bilik pembedahan setelah diberikan pil bius . saya tidak sedarkan diri. Saya sedar pada saat jam 9.00 mlm . saya telah dibawa ke wad 5 .saya tidak mampu untuk bergerak mahupun untuk bangun pergi ke tandas seperti sebelumnya. Saya disorong menggunakan kerusi roda untuk beberapa hari. Selama seminggu saya dirawat di wad 5.

    Kawan baru :
    Saya berkenalan dengan seorang kakak yang mengalami ketumbuhan didalam perut . Kakak ni dah 2 bulan menetap kat hospital, saat saya admit masuk pada 27.9 saya sudah pernah bersembang dengannya, malahan saya dah cop awal-awal lagi untuk duduk sebelah menyebelah katil pada kemasukkan saya ke dalam wad pada 2.10.2012. Kami berborak seperti kawan baik, seperti saudara kemana kami pergi bersama, makan bersama, keluarga kami pon sembang bersama . Doktor dan jururawat pun menyedari keakraban kami. Selepas saya dibedah, akak lah yang mengurus saya berikutan ibu dan ayah tidak mampu berulang alik ke hospital. Kami berhubung hingga sekarang. Saya turut berkenalan dengan seorang India , pesakit sebaya saya, ibunya kami gelar untie. Selalu berborak , bergurau senda. Semasa deepavali , kami dijemput untuk hadir ke rumahnya. Kami berhubung hingga itu.

    Kata-kata akhiran...
    Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat iilahi saya masih mampu bernafas pada hari ini dan mampu menjalani hidup saya seperti biasa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan serta saudara mara yang dating menjenguk diri ini serta mendoakan kesembuhan diri ini. Segala usaha dan bantuan yang saudara hulurkan amat saya hargai. Kiranya tidak terlambat untuk saya mengucapkan terima kasih serta menghulurkan tangan memohon kemaafan andai sepanjang kita berkenalan ada keterlanjuran kata, ada ketidakpuashatian, kesalahfahaman, keterlanjuran yang tidak disengajakan dan sengaja mohon maaf. Saya tidak hanya mahu memohon maaf kiranya dihari raya sahaja , kerana kita hidup hari demi hari yang semalam telah berlaku , dan luka di hati belum tentu terubat. Pasti ajal maut belum kita pastikan. Oleh itu, ingin saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kira nya ada yang tersinggung dengan diri ini, mohon halalkan makan minum , halalkan ilmu yang penah diberi dan mohon  halalkan segala yang pernah terpakai atau termakan  dari hujung rambut hingga hujung kaki.terutama buat ibu ayah serta adik dan kakak, saya mohon halalkan makan minum serta maafkan segala keterlanjuran dalam berbahasa, dalam perbuatan moga hari esok lebih baik drai hari semalam .  0-o

    Day

    Be stronger than who you are..
    today is happen, tomorrow is future... but yesterday is history. 

    But we could be stronger until we pass the yesterday, and we could be here by today.. 
    But today will become yesterday, and tomorrow become our new day. 

    Should i say there are a lot of situation in becoming happy and sad. 

    When we happy, there are natural smile on face. you will feel like you get a big teddy from your loved. You will be smile all the day.You will pass the day without you realizing it. You will feel all the day is your day. No one can distract your day. Actually, we can be happy when we meet someone we loved, when we success in our life, when we got present from someone, when we pass the difficult situation and when we got some happy news from someone. 
    But you must confident one thing that, you should let yourself happy once in a week, once in a month... but please don't keep your whole day in your life being sad.There are many way to becoming happy. You should give present for yourself, you can give some motivation for yourself, you can hang out by doing something you want and just doing anything make you happy for once. 

     Figure if anyone want to become sad? Sometimes you lose your destination attention perhaps you are being too stress or you are in pressure of problem you have.you become confuse how to solve your problem and how to improve and achieve success in your life.We cannot run from problem, we must face it. we must try hard to solve the problem and you must being positive with any risk that could be happen. Sometime problem make we become strong, its doesn't means to make you difficult. but that is the way. We must confident and follow the way we choose and try to face any risk without regret.

    Sunday, June 23, 2013

    right???

    Calling father, mother, sister:  tut..tut.. please call later.
    Calling Friend : Tut..tut... Please leave your message here, blah..blah...
    But,
    Calling Allah: talk to Allah straight. No obstacle there. Share anything you want. ANYTHING...

    # Just share the obviously situation happen in our life. #

    Mungkinkah keadaan diatas berlaku pada saudara? atau saudari? 
    Mungkinlah..

    Sedar atau tidak itulah keadaan yang sering berlaku masa kini. Kita mengharapkan pendamping, teman dan pasangan untuk sentiasa ada dgn kita, tapi kita kerap lupa Allah sentiasa disisi kita tak kira apajua keadaan .

    sedarilah. 

    We got someone because Allah sent someone for us.what ever we got its belong to Allah. ^_^



    Thursday, June 13, 2013

    Selangkah Dalam Hidup

    Selangkah Hayati Hidup..

    Setiap insan punyai sebuah cerita. pelbagai gelak tawa, sedu sedan dan ombak badai yang dilalui. Tidak kira dimana jua mereka berada. Masih bebekas kekenangan dalam diri, menjadi penawar dan pengajaran di masa akan datang.
    Setiap langkah yang diambil membawa kepada sebuah kehidupan yang penuh makna. Mengenali dan menyayangi seseorang tidak memerlukan suatu masa yang lama. Tetapi memerlukan kekuatan untuk bersedia menghadapi sebarang risiko dan kemungkinan, Bahagia yang dicari terkadang tidak berpanjangan malah hadir pulak ombak badai tanpa kita sangka. Itulah kehidupan. Pegang pada suara hati agar tenang setiap apa yang terjadi.Perjalanan masih jauh. Selangkah mengajar erti persahabatan, erti pengorbanan, erti kesetiaan, erti kesabaran, erti susah, dan erti sebuah kehidupan.
    Terkadang kita tersasar. Terpukau dek kemilau yang tiada jaminan masa hadapan.Terpukau dek tamak akan sebuah kehidupan.Terpukau dek kecantikan yang tiada keikhlasan. Itulah kesilapan. Jauh daripada matlamat selangkah kehadapan. Masihkah ada ruang untuk suatu pembetulan?
    Persahabatan yang dicari bukan berdasar kepentingan suatu langkah. Bukan sekadar gelak tawa, tetapi menemani tatkala sakit dan duka lara. Membantu membetulkan kesilapan diri dalam mengharungi detik kusut. Melayani tanpa rasa jemu. Membantu diri dalam meningkatkan ilmu duniawi dan akhirati, Mendukung segala keputusan. Memberi kata-kata semangat dan sentiasa menceriakan suasana, Mengetahui tiap duka tanpa membuka bicara dan memahami tanpa sepatah kata. Mengenali senyuman yang terukir sebuah keikhlasan .
    Pengorbanan yang dicari bukan pada harta, tapi pada masa. Masihkan ada masa untuk kita bersama, Masih ada peluang untuk kita mencipta bahagia, sungguh harta boleh dicari tetapi masa yang tiba dan pergi tidak akan muncul untuk kedua kalinya.
    Kesetiaan, bukan kerana ingin sentiasa bersama berkepit tak kira masa, tapi kesetiaan tatkala hati kita terluka, kesetiaan tatkala kita jauh tetapi masih menemani diri, Kesetiaan itu tak akan difahami selagi kita tak mengalami. Kesetiaan yang sentiasa membuka tangan , mata, hati, masa dan ruang tak kira betapa sibuk situasi dialami.
    Kesabaran perlukan tahap level yang tinggi, saling bertimbang rasa, dan saling berkominukasi tatkala selisih pendapat atau kenyataan. Berikan kesabaran yang tinggi tatkala melayani tatkala menyayangi tatkala sakit hati..Bukan kerana menutupi duka lara, tetapi bertimbang rasa dan bersabar dalam setiap keadaan. kerana hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah, bintang tak selalu ada, gelap pasti akan tiba.
    Itulah kehidupan. memberi dan menerima, "What You Give, That what you get". Sometime there to do something wrong but you should the one who recover and advice.

    dipetik daripada http://status-motivasi.blogspot.com/2013/03/kata-motivasi-kehidupan-paling-baru.html:

    Manusia hidup tentunya mengharapkan sebuah peralihan terhadap apa yang diinginkannya. Jalan terjal yang kadang terbentang menuju peraihan tersebut membuat manusia berkecil hati, mengkerdilkan diri, dan mengubah impiannya menjadi sesuatu yang maha besar, yang tak mungkin digapainya. Dalam kondisi demikian, manusia membutuhkan adanya berupa kata motivasi, baik dari diri sendiri maupun dari orang lain. Untuk itu Anda bisa membaca beberapa kumpulan kata motivasi hidup untuk kehidupan setiap pembaca.