Wednesday, June 26, 2013

Jawatan Penolong Akauntan W27

Tahniah buat rakan-rakan yang berjaya dipanggil untuk sesi peperiksaan kemasukkan ke perkhidmatan sebagai penolong akauntan W27 untuk pelajar lepasan Diploma dan setaraf dengannya. .

Sejujurnya, pasti ramai rakan-rakan yang tertanya-tanya bagaimana cara dan bentuk peperiksaan yang bakal dilalui.

saya hanya ingin berkongsi laman web yang ada menjual E-book untuk Panduan peperiksaan bertulis penolong akauntan.
Mungkin serba sikit boleh membantu rakan-rakan.
Moga berguna :) 
rakan-rakan yang bakal mengambil peperiksaan boleh terus melayari :

http://www.exampenolongakauntan.com/
"kalau tidak dapat beli, mungkin jualan belum bermula atau sudah ditutup.."

Moga rakan-rakan berjaya. Doakan untuk diri saya juga.^_^

Buat pengetahuan rakan-rakan, penolong akauntan tidak sama dengan penolong juruaudit.
peranan juruaudit itu sendiri berbeza dengan penolong akauntan.
Jadi jangan membuat andai bahawa juruaudit ini sama seperti akauntan.kerna ada sebahagian kerja yang juruaudit jalankan tetapi tidak akauntan jalankan.
Walaupun kedua-duanya merupakan jabatan dalam satu bidang , skop kerja untuk akauntan dan audit tak sama. itu pendapat sayalah.

Kalau audit, buat pengemar yang kuat jalan, pasti seronok sebab mereka ni akan travel. Kene pergi audit banyak company. Rakan-rakan akan jumpa macam-macam jenis masalah. Masa yang paling serabut masa nak buat audit luar. Macam-macam soalan timbul. So preparelah awal-awal.

Buat akauntan plak, mereka ni suka duduk office.(suka ke? atau terpaksa?) ikut masing-masing punya pendapatlah. Ada segelintir dari kita memang suka duduk pejabat, malas nak keluar.Baguslah kalau rakan-rakan yang nak jadi akauntan suka duduk pejabat. Tak perlu risau tekanan untuk keluar cuma terdedah pada tekanan kerja dalam pejabat je.^_^ Akauntan banyak terdedah pada simpan kira-kira, untung rugi dan semua keluar masuk aset. Paling sibuk masa kene buat penyata kira-kita, ikut company atau department nak yang setahun atau tiap 6 bulan bergantung pada mereka.
Ini antara ilmu yang saya perolehi daripada en.google sbb nak examkan..^_^

untuk exam pulak, Ini pengalaman saya exam penolong juruaudit dulu.
Bahagiannya agak sama dengan Penolong Akauntan, cuma bezanya pasti pada soalan yang akan ditanya.

Untuk  Part A: soalan banyak tertumpu pada sektor awam, kunci kira-kira, ekonomi dan sedikit isu semasa.

Untuk Part B:
agak mencabar, soalan lebih pada kira-kira (TIDAK DIBENARKAN KALKULATOR)
Masa diberikan agak singkat, 1 minit untuk satu soalan yang mencabar. Jadi preparelah awal-awal. ^_^

Untuk Part Personaliti:
Insya'Allah, saya kira ramai yang boleh tersenyum ...                    

Moga Rakan-rakan beroleh kejayaan dimana sahaja rakan-rakan berada.

Dapat masuk exam penolong juruaudit tapi belum ada rezeki.Kita cuba pada Penolong Akauntan pulak. Mari kita berusaha, insya'Allah rezeki ada dimana-mana. Asalkan kita berusaha. 
Jangan lupa berdoa dan minta pada Allah buat yang Muslimin dan Muslimat ye. ^_^


No comments:

Post a Comment